AIA Vitality

Sejak tahun 2016, AIA telah melancarkan AIA Vitality sebagai usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat. Ia adalah syarikat insurans/takaful yang pertama di Malaysia yang melancarkan program seumpamanya. Secara ringkas, AIA Vitality adalah sebuah program kesihatan. Tujuan utamanya adalah untuk mengubah cara hidup dan pada masa yang sama, perserta dapat menikmati ganjaran-ganjaran yang disediakan.


Program ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu; Kenali Tahap Kesihatan Anda, Tingkatkan Kesihatan Anda dan Nikmati Ganjaran. Semua ini dilakukan dengan menggunakan aplikasi telefon dan tracker seperti Fitbit atau Garmin. Apa yang dituntut adalah perubahan cara hidup dan bukannya untuk peserta menjadi seperti atlet profesional.


Diantara ganjaran-ganjaran yang boleh dinikmati oleh peserta adalah:
  • Diskaun sehingga 50% untuk tiket kapal terbang AirAsia
  • Diskaun sehingga 50% untuk penginapan di hotel Berjaya dan Marriott
  • Diskaun sehingga 50% untuk keahlian gim di Fitness First
  • Diskaun 25% untuk pembelian peranti-peranti Garmin dan Fitbit
  • Diskaun 25% untuk pembelian kasut sukan Reebok di Royal Sporting House
  • Tiket wayang TGV percuma setiap 2 minggu
  • Diskaun 10% untuk pembelian sihat di Jaya Grocer
  • Dan macam-macam lagi
Di samping itu, peserta-peserta juga boleh menikmati manfaat insurans/takaful tambahan berdasarkan produk yang diambil. Diantaranya:
  • A-LifeLink-i - Cover Boost: peserta akan diberikan ganjaran tunai terkumpul pada umur 55 tahun atau selepas 20 tahun polisi/sijil bermula dengan 20%.
  • A-Life Signature-i - Maturity Booster: nilai tunai peserta akan digandakan pada tarikh matang bermula dengan 20%.
  • A-LifeLady-i - Bonus Tunai Tahunan: Peserta akan diberikan pulangan tunai setiap tahun berdasarkan jumlah caruman. Bonus tahun pertama bermula daripada 10% dan boleh meningkat sehingga 50%.
  • A-Life Cancer360-i - Bonus Tunai Tahunan: Peserta akan diberikan pulangan tunai setiap tahun berdasarkan jumlah caruman. Bonus tahun pertama bermula daripada 20% dan boleh meningkat sehingga 50%.
  • A-Plus Health - Penepian deduktible sehingga 100%, upgrade bilik sehingga 100% daripada jumlah manfaat dan Health Wallet Booster tahunan.

Peserta AIA Vitality dibahagikan kepada empat (4) peringkat iaitu:
  • Bronze - 0 sehingga 10,000 mata
  • Silver - 10,001 sehingga 20,000 mata
  • Gold - 20,001 sehingga 30,000 mata
  • Platinum - lebih daripada 30,000 mata
Mata akan dikumpulkan sepanjang tahun dan akan di reset kembali kepada 0 pada ulang tahun keahlian. Tetapi peserta masih menikmati ganjaran tahun semasa berdasarkan peringkat yang dicapai pada tahun sebelumnya. 

Cara-cara untuk mendapatkan mata AIA Vitality adalah seperti berikut:
  • Menjawab soalan-soalan kesihatan dan gaya hidup di dalam aplikasi telefon
  • Membuat pemeriksaan kesihatan tahunan
  • Melalui pembelian sihat di Jaya Grocer
  • Dengan jumlah langkah harian; 7,500 langkah untuk 50 markah sehari dan 12,500 langkah untuk 100 markah sehari.
  • Melalui kehadiran di Fitness First
Keahlian AIA Vitality terbuka kepada pelanggan-pelanggan AIA Berhad dan AIA Public Takaful (APTB) sahaja. Dengan melanggan produk-produk AIA/APTB, anda boleh memilih untuk menjadi ahli AIA Vitality dan seterusnya menikmati ganjaran-ganjaran yang disediakan. Keahlian AIA Vitality ini hanyalah RM10 sebulan sahaja. 

Tunggu apa lagi, ayuh ke arah gaya hidup lebih sihat dengan AIA Vitality.

Redza
012-3241153

No comments:

Post a Comment