Penentuan Premium

Kebanyakkan pertanyaan yang diunjurkan oleh prospek kepada saya adalah berapa harga atau berapa premium pelan takaful/insurans tersebut sebelum mengetahui apakah manfaat yang bakal diterima. Di sini saya cuba menjelaskan beberapa faktor yang mempengaruhi premium sesuatu pelan takaful/insurans:

1. Jenis Produk - Terdapat pelbagai jenis produk takaful/insurans yang ditawarkan oleh setiap syarikat takaful/insurans. Jenis produk yang ditawarkan memainkan peranan penting di dalam penentuan premium. Di antara jenis-jenis produk yang terdapat di pasaran adalah traditional plan, takafulink (TLP) atau investment-linked (ILP) dan endowment plan. Secara kasarnya, premium untuk traditional plan adalah lebih rendah daripada TLP/ILP dan premium untuk TLP/ILP adalah lebih rendah daripada endowment plan. Tetapi anda juga perlu sedar ciri-ciri setiap produk juga berbeza. Ciri-ciri yang lebih baik menyebabkan premium produk tersebut juga lebih tinggi. Pilih mengikut kesesuaian anda.

2. Umur - Secara kasarnya, sekiranya anda mengambil pelan takaful ketika muda, premium akan lebih murah. Lebih tua, premium akan lebih tinggi. Ia adalah antara sebab penting anda perlu mula mengambil pelan takaful semasa muda.

3. Pekerjaan - Secara amnya, terdapat empat (4) kelas pekerjaan yang digunakan oleh syarikat takaful/insurans. Kelas 1 dan 2 adalah pekerjaan yang secara relatifnya pekerjaan yang di dalam suasana yang selamat seperti pekerjaan di pejabat. Kelas 3 dan 4 pula adalah suasana pekerjaan yang lebih berisiko seperti polis, tentera atau pekerjaan di pelantar minyak. Premium untuk jenis pekerjaan Kelas 1 dan 2 adalah lebih rendah jika dibandingkan untuk kelas 3 dan 4. 

4. Jantina - Jantina juga memainkan peranan penting di dalam penentuan premium. Untuk sesetengah jenis perlindungan, premium untuk lelaki adalah mahal berbanding wanita. Manakala untuk jenis perlindungan yang lain pula, premium untuk wanita pula lebih mahal berbanding lelaki untuk umur dan jenis pekerjaan yang sama. 

5. Status Merokok - Seorang perokok akan dikenakan premium lebih tinggi berbanding bukan perokok. Ini adalah sangat jelas. Seseorang dikategorikan sebagai bukan perokok jika telah berhenti merokok selama lebih 12 bulan. Penghisap vape juga dikategorikan sebagai perokok. 

6. Manfaat - Sebab ini adalah yang paling ketara. Semakin tinggi manfaat pelan tersebut, semakin mahal premium yang akan dikenakan. Justeru, fahami dahulu keperluan anda dan manfaat yang ditawarkan. Kemudian barulah premium dapat ditentukan. 

7. Sustainability - Untuk produk TLP/ILP, sustainability adalah salah satu faktor yang memainkan peranan dalam penentuan premium. Sustainability bermaksud premium yang dikira mampu untuk kekal sama sekiranya andaian yang digunakan untuk pengiraan kekal sama atau lebih baik. Sustainability untuk umur sehingga 80 tahun akan lebih tinggi berbanding sustainability sehingga umur 65 tahun. Ini adalah kerana, semakin berumur seseorang, semakin tinggi kos tabarru' atau kos insuran yang akan dikenakan. 

8. Jumlah Rider - Rider adalah komponen-komponen perlindungan yang dimasukkan ke dalam sesuatu produk asas. Contoh-contoh rider adalah kad perubatan, pampasan penyakit kritikal, kemalangan am, pengecualian premium, elaun hospital dan bermacam-macam lagi. Semua rider ini boleh dipilih mengikut keperluan dan jumlah perlindungan juga anda boleh tentukan sendiri. Semakin banyak dan semakin tinggi jumlah perlindungan setiap rider, maka semakin tinggi jumlah premium yang akan dikenakan. 

Lapan (8) faktor yang disenaraikan di atas adalah di antara beberapa faktor yang akan mempengaruhi premium yang akan dikenakan untuk setiap pelan takaful/insurans. Penentuan premium bukanlah sesuatu yang straight forward. Bermacam faktor yang perlu diambil kira.

Secara amnya, terdapat enam (6) langkah yang digunakan oleh Life Planner untuk mereka pelan yang anda perlukan seperti berikut:

1. Tujuan - tetapkan tujuan kenapa anda ingin mengambil pelan takaful/insurans tersebut
2. Kumpul Maklumat - proses mengumpulkan maklumat-maklumat berkaitan tujuan yang anda hendak capai dengan pelan takaful anda
3. Nilaikan - nilaikan sama ada apa yang prospek ada sekarang mencukupi atau tidak untuk mencapai tujuan beliau ambil pelan takaful
4. Reka - proses untuk mereka bentuk pelan takaful mengikut kehendak dan kesesuaian prospek
5. Laksana - laksanakan pelan takaful yang telah dipersetujui bersama
6. Pantau - pantau perlaksanaan pelan takaful dari semasa ke semasa untuk memastikan pelan tersebut berada di landasan yang sepatutnya untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. 

Seorang Life Planner yang terlatih akan dapat membimbing anda melalui enam (6) proses ini untuk memastikan pelan takaful anda bersesuaian dengan kehendak dan keperluan anda. 

Jadi ingatlah, premium untuk sesuatu pelan itu bukanlah sesuatu yang straight forward. Ambil masa dan duduk berbincang dengan Life Planner anda untuk memastikan anda faham tentang pelan yang dicadangkan dan pelan tersebut sesuai dengan kehendak dan keperluan anda. Pastikan nasihat yang anda terima itu berbaloi.

No comments:

Post a Comment