Padah Ambil Family Medical Card AIA

Terdapat beberapa orang prospek yang saya temui, menyuarakan kegusaran tentang kad perubatan keluarga atau family medical card AIA Public Takaful. Untuk pengetahuan umum, kad perubatan AIA di tawarkan di dalam pelbagai pakej. Diantaranya adalah pakej individu, suami dan isteri, bapa dan anak-anak, ibu dan anak-anak dan pakej keluarga (suami, isteri dan 4 orang anak). 

Diantara kegusaran mereka tentang pakej family medical card AIA adalah:


  1. Manfaat-manfaat yang ditawarkan akan dikongsi bersama ahli keluarga yang lain
  2. Kalau terdapat ahli keluarga yang telah dimasukkan ke hospital, maka ahli keluarga lain tidak boleh dimasukkan ke hospital untuk tahun tersebut. 
Kegusaran-kegusaran tersebut mungkin timbul kerana mereka bertanya kepada mereka yang bukan ahlinya. Tetapi jika anda bertanya kepada Life Planner AIA, sudah tentu hanya cerita-cerita yang indah sahaja yang akan dihidangkan. Adakah kegusaran-kegusaran tersebut berasas? Mari kita lihat satu contoh beserta buktinya sekali.



Terdapat empat (4) item yang saya gariskan di dalam setiap Claim Statement client saya seperti di atas.
  1. Nama bapa pesakit-pesakit tersebut. Menunjukkan mereka adalah adik-beradik.
  2. Nombor Sijil. Menunjukkan mereka dilindungi di bawah pelan takaful yang sama.
  3. Tarikh kemasukan wad. Menunjukkan mereka dimasukkan ke hospital dalam tahun yang sama dan berturut-turut. Dua daripada mereka tinggal di hospital pada masa yang sama.
  4. Had tahunan. Menunjukkan had tahunan untuk setiap orang dan bukannya dikongsi sesama ahli keluarga. Had tahunan masing-masing juga berkurang mengikut tuntutan masing-masing selepas keluar dari hospital. 
Daripada proses kemasukan hospital dan tuntutan di atas, jelas menunjukkan bahawa pelan family medical card AIA Public Takaful bukanlah seperti yang diragukan oleh setengah-setengah pihak. Ahli-ahli keluarga yang dilindungi boleh dimasukkan ke hospital pada waktu yang sama atau pada tahun yang sama walaupun ahli keluarga yang lain pernah dimasukkan ke hospital pada tahun tersebut. Manfaat-manfaat yang ditawarkan juga adalah untuk setiap ahli keluarga dan tidak dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. 

Untuk maklumat lebih lanjut tentang family medical card, bertanyalah pada mereka yang ahli agar anda tidak dikelirukan. 

Yang Ahli,
Redza
012-3241153

No comments:

Post a comment