Ciri-Ciri Penting Kad Perubatan

Setelah beberapa lama berkecimpung di dalam industri Takaful ini, terdapat beberapa ciri penting kad perubatan (medical card) yang prospek perlu ketahui dan pertimbangkan sebelum membuat keputusan kad perubatan yang mana yang paling sesuai untuk mereka.

Ringkasan ini adalah hasil daripada kajian dan maklum balas daripada prospek-prospek yang saya telah temui sebelum ini. 


1. Perkhidmatan Surat Jaminan
Surat jaminan atau Guarantee Letter (GL) adalah surat yang dikeluarkan oleh syarikat takaful kepada hospital menyatakan bahawa kos-kos perubatan untuk peserta tersebut akan ditanggung oleh syarikat takaful berkenaan. Sekiranya GL tidak dikeluarkan oleh syarikat takaful, maka peserta perlu menjelaskan bil-bil hospital tersebut dengan sendiri. 

Ciri penting untuk perkhidmatan GL ini adalah syarikat takaful seharusnya menyediakan perkhidmatan GL 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini adalah kerana kemalangan, sakit atau seumpamanya boleh berlaku pada bila-bila masa, tidak kira di luar waktu pejabat, pada hujung minggu atau cuti umum. Sekiranya kemalangan atau kesakitan berlaku diluar waktu pejabat atau pada hujung minggu, ada kemungkinan peserta tidak akan mendapat GL atau terpaksa menunggu sehingga syarikat takaful memproses GL pada waktu pejabat seterusnya. Ini akan menyukarkan proses kemasukan peserta ke hospital.

Cara paling mudah untuk mengetahui sekiranya syarikat takaful tersebut menyediakan perkhidmatan GL 24 jam sehari atau tidak, anda boleh cuba telefon nombor khidmat pelanggan syarikat tersebut dan cuba bercakap dengan pegawai perkhidmatan pelanggan di luar waktu pejabat atau pada hujung minggu. Katakan anda perlukan GL untuk kemasukan ke hospital. Sekiranya, anda berjaya bercakap dengan pegawai perkhidmatan pelanggan syarikat tersebut di luar waktu pejabat atau pada hujung minggu, bermakna, syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan GL 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk kemasukan hospital dan ini akan memudahkan anda sekiranya anda perlukan khidmat tersebut. 

2. Manfaat Harian Penjaga
Manfaat ini disediakan sekiranya kanak-kanak dimasukkan ke hospital, maka syarikat takaful akan membayar sejumlah wang sehari bagi menampung kos makanan dan katil tambahan untuk ibubapa atau penjaga tinggal bersama-sama anak di hospital. Ini bermaksud, ibubapa/penjaga tidak perlu berkongsi makanan dan katil dengan anak yang dijaga. 

Manfaat ini mungkin nampak kecil. Tetapi ia dapat membantu mengurangkan tahap tekanan kepada ibubapa/penjaga ketika menjaga anak di hospital. Kebanyakan prospek yang saya temui, tidak mengetahui bahawa terdapat manfaat sebegitu yang disediakan oleh syarikat takaful. 

3. Manfaat Pemindahan dan Penghantaran pulang Perubatan Kecemasan
Manfaat ini disediakan sekiranya terdapat keperluan pemindahan perubatan kecemasan di dalam atau luar negara. Ia akan menanggung kos-kos pemindahan kecemasan tersebut. Ia mungkin manfaat yang kebanyakan orang tidak sedari bila mereka akan perlukan kerana ia mungkin jarang-jarang berlaku. 

Terdapat seorang client saya yang berkira-kira untuk bertukar syarikat takaful daripada AIA Public Takaful kerana faktor kos. Tetapi setelah meneliti manfaat-manfaat yang ditawarkan syarikat takaful tersebut, beliau membatalkan hasrat tersebut kerana syarikat tersebut tidak menyediakan manfaat ini. Ini adalah kerana, terdapat seorang sahabat beliau yang berkunjung ke Jakarta dan diserang strok. Untuk proses pemindahan perubatan dari Jakarta ke Kuala Lumpur sahaja, kos yang diperlukan adalah lebih kurang RM160,000. Maka ibubapa sahabat beliau terpaksa menyediakan kos tersebut untuk membawa pulang anak mereka ke Malaysia. Itu baru dari Jakarta. Bayangkan kos tersebut sekiranya pemindahan tersebut dari negara Eropah. 

Satu lagi kisah yang boleh diambil pelajaran adalah daripada kisah seorang bapa yang berkunjung ke London dan diserang strok sejurus tiba di sana seperti yang dilaporkan oleh NST. Proses membawa pulang pesakit tersebut semestinya sangat mahal. Mahukah anda berada di dalam situasi tersebut?

4. Pilihan untuk Ambil Kad Perubatan sebagai Standalone
Kebanyakan syarikat takaful hanya menyediakan pilihan untuk mengambil kad perubatan hanya sebagai rider. Itu sememangnya pilihan yang berbaloi sekiranya prospek masih muda. Tetapi, terdapat juga prospek yang hanya mendapat kesedaran untuk mengambil kad perubatan pada umur yang lanjut iaitu selepas 40 tahun. Sekiranya prospek yang berumur lebih daripada 40 tahun dan terpaksa mengambil kad perubatan sebagai rider, semestinya premium yang akan dikenakan adalah jauh lebih mahal berbanding dengan pilihan kad perubatan sebagai standalone. 

Untuk prospek-prospek di dalam kategori ini, saya selalu nyatakan bahawa apa yang anda perlu pertimbangkan adalah jumlah manfaat yang boleh ditawarkan dan bukan sama ada kad perubatan tersebut ditawarkan sebagai rider atau tidak. Semestinya kedua-dua pilihan mempunyai kebaikan dan kekurangan tersendiri. Apa yang penting adalah jumlah manfaat yang anda boleh perolehi. 

Sekiranya anda sudah mempunyai kad perubatan dan berhasrat untuk menambah kad perubatan sebagai persediaan untuk menghadapi kos-kos perubatan yang semakin tinggi, pilihan kad perubatan sebagai standalone juga adalah pilihan yang sesuai untuk meminimakan premium yang anda perlu bayar. 

5. Kemasukan Hospital Tanpa Deposit
Ramai juga yang mengeluh jika terdapat keperluan untuk kemasukan hospital, mereka sebolehnya tidak mahu membayar deposit ketika kemasukan. Bergantung kepada hospital dan jenis penyakit, deposit ini boleh berjumlah daripada RM300 ke RM2000, yang perlu dibayar sekiranya terdapat keperluan kemasukan hospital. Tambahan jika kemasukan hospital terjadi di pertengahan bulan dan terdapat keperluan lain yang lebih mendesak. 

Di samping panel hospital AIA, AIA juga menyediakan senarai Hospital Platinum AIA. Tarafnya lebih tinggi daripada hospital panel biasa AIA. Di antara keistimewaan kemasukan ke Hospital Platinum AIA adalah:

  • Tidak perlu membayar deposit untuk kemasukan hospital
  • Pengecualian bayaran untuk pendaftaran, laporan perubatan dan sebagainya
  • Proses mendapat surat jaminan (GL) yang lebih cepat.
Senarai Hospital Platinum AIA boleh didapat di sini. Senarai tersebut akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Anda juga boleh memuat turun aplikasi AIA Locator untuk Android dan Apple

No comments:

Post a Comment