Majikan Saya Dah Bagi Medical Card

Seringkali bila diperkenalkan Medical Card (MC) kepada pekerja-pekerja yang makan gaji, alasan yang selalu diberikan adalah:
Majikan saya dah bagi MC. So tak perlulah saya buang duit ambil MC lain.
Itu memang realiti, kebanyakan syarikat-syarikat memang ada menyediakan MC sebagai manfaat kepada pekerja-pekerja mereka. Tetapi apa yang kurang disedari oleh kebanyakan orang adalah:


  1. MC dari majikan anda mempunyai had tahunan. Mungkin tinggi, mungkin rendah bergantung di syarikat apa anda bekerja. Ambil contoh ditempat yang saya pernah kerja, had tahunannya adalah RM30,000 setahun.
  2. Ada majikan yang menyediakan MC untuk sekeluarga. Syarikat-syarikat yang kecil pula hanya menyediakan Medical Card untuk pekerja mereka sahaja. Ahli keluarga anda tidak dilindungi.
  3. Manfaat MC anda akan terbatal bila ambil cuti panjang untuk merawat penyakit kritikal yang anda hadapi. 
Ambil contoh majikan saya terdahulu. Sekiranya anda perlu mengambil cuti panjang untuk merawat penyakit kritikal yang anda hadapi, untuk 3 bulan pertama, anda masih mendapat gaji penuh. Untuk 3 bulan seterusnya, anda akan mendapat separuh gaji. Untuk bulan-bulan berikutnya, anda tidak akan diberi gaji. Apabila anda tidak diberi gaji, syarikat akan menganggap anda mengambil cuti tanpa gaji dan sekaligus anda hilang kelayakan untuk mendapat manfaat-manfaat yang disediakan oleh syarikat, termasuk MC. 

Sekiranya semasa mengambil cuti panjang, anda masih layak untuk mendapat manfaat MC daripada majikan anda, kemungkinan besar had kelayakan MC anda telah pun habis digunakan untuk rawatan dihospital. Jadi, kepada siapakah anda ingin berharap? Duit sendiri atau hospital kerajaan? Atau sekiranya ada MC sendiri, bolehlah digunakan untuk kurangkan beban kewangan merawat penyakit tersebut. Apa pilihan anda?

Apa yang perlu anda sedari ialah:
Tiada majikan yang mahu menyimpan pekerja yang bermasalah sama ada daripada segi disiplin atau kesihatan. Mereka ini tidak produktif dan membebankan. 

Realiti pekerja-pekerja masa kini:
  1. Selalu bertukar-tukar pekerjaan untuk mendapat gaji lebih besar. Sekiranya tempat baru yang anda ingin sertai memberi gaji besar tetapi tiada MC, apa yang anda akan lakukan?
  2. Selalu juga selepas beberapa tahun, untuk mendapat gaji lebih besar dan penjimatan dalam cukai pendapatan, pekerja-pekerja ini bertukar status kepada pekerja kontrak atau freelance. Yang pasti, manfaat MC tidak lagi akan diberikan kepada pekerja-pekerja kontrak ini. Adakah di waktu itu baru kelam-kabut nak ambil MC?
Sekiranya semasa anda ingin bertukar majikan atau bertukar status pekerjaan, anda pernah dirawat kerana penyakit kritikal, adakah anda rasa anda masih layak untuk memohon MC sendiri? Ingatlah, syarikat-syarikat insurans/takaful hanya akan menerima permohonan MC oleh mereka yang sihat sahaja. Tiada syarikat yang mahu menerima permohonan daripada mereka yang pernah dirawat oleh penyakit kritikal. Sekiranya ada pun, anda mungkin dikenakan pelbagai pengecualian atau premium yang lebih tinggi. 

Nasihat saya, anggap sahajalah MC yang disediakan oleh majikan anda hanya sebagai BONUS kepada pekerja-pekerja. Kalau ada bagus, kalau tiada pun tidak mengapa. Yang penting, MC untuk diri sendiri mesti ada. Sekiranya apa-apa berlaku sekalipun, anda masih ada MC sendiri. 

Ambilah MC semasa anda sihat. Semasa anda betul-betul memerlukannya, anda mungkin tidak mampu memilikinya. 

No comments:

Post a Comment