Kepentingan Perlindungan


Melihat kepada segitiga Kekayaan di atas, perkara paling asas adalah Perlindungan. Perlindungan adalah penting kerana ia akan menentukan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kita seperti kemalangan atau ditimpa penyakit kronik, simpanan atau pelaburan yang telah kita lakukan tidak akan habis digadai semata-mata untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi atau meneruskan hidup kerana sudah tidak mampu bekerja. Justeru, Perlindungan yang cukup sama ada dengan Insurans atau Takaful adalah perkara paling asas sebelum Menyimpan dan Melabur.


Saya yakin dengan pendidikan kewangan yang semakin meluas, ramai yang telah sedar akan kepentingan Perlindungan dengan Insurans atau Takaful. Tetapi saya merasakan persoalan yang kerap menyebabkan ramai yang tidak mengambil Perlindungan yang mencukupi adalah kerana merasakan kos untuk mengambil sesuatu polisi Insurans atau Takaful adalah mahal. Jadi, ramai yang mengambil Perlindungan sekadar ada sahaja atau lebih teruk lagi, tidak langsung mengambil Perlindungan kerana ia mahal. Wujudkah Insurans atau Takaful yang mampu dimiliki oleh kebanyakan orang? Itu mungkin persoalan kebanyakan orang yang menginginkan perlindungan Insurans atau Takaful.

Pencarian anda untuk Insurans/Takaful mampu milik atau murah mungkin berakhir disini. Sejak tahun 2012, AIA Public Takaful atau dahulunya dikenali sebagai AIA AFG Takful telah melancarkan A-medik, iaitu sebuah Takaful Medical Card mampu milik. Anda boleh memiliki Medical Card ini dengan premium dari serendah RM51 sebulan sahaja. Anda juga boleh mengambil Medical Card untuk seisi keluarga anda (sehingga 4 orang anak) dengan premium dari serendah RM230 sahaja! Produk ini menyediakan had rawatan perubatan tahunan yang tinggi bermula dari RM90k setahun. Apa yang lebih baik adalah produk ini tidak mempunyai had rawatan perubatan seumur hidup. Kini, anda pasti mampu untuk memiliki Takaful Medical Card dengan premium bulanan yang murah dan perlindungan yang tinggi.

Hanya ambil apa yang anda perlu. Sesuaikan polisi anda dengan keperluan dan kemampuan anda. Dapatkan Takaful Medical Card dari AIA Public Takaful hari ini. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a comment