Kenapa Perlu Medical Card?

Medical Card atau Kad Perubatan diperlukan untuk mendaftar masuk dan mendapatkan rawatan di hospital swasta. Bergantung kepada jenis Medical Card yang dimiliki, pesakit sama ada perlu membayar sejumlah deposit semasa kemasukan ke hospital atau tidak bergantung kepada kepantasan syarikat insurans/takaful Medical Card tersebut mengeluarkan Guarantee Letter (GL) kepada hospital. Selepas mendapat GL, pesakit bolehlah dimasukkan ke hospital bergantung kepada Perlindungan yang dimiliki dengan Medical Card tersebut.




Medical Card juga lazimnya dilengkapi oleh ciri-ciri Ko-takaful/Ko-insurans atau tidak. Ko-takaful bererti sebahagian kecil daripada kos rawatan perubatan di hospital perlu ditanggung oleh pesakit. Kebiasaannya dalam lingkungan 10% daripada jumlah bil perubatan di hospital. Terdapat juga Medical Card yang tidak mengenakan Ko-takaful kepada pesakit. Lazimnya, premiun yang perlu dibayar untuk Medical Card tanpa Ko-takaful adalah sedikit tinggi jika dibandingkan dengan Medical Card dengan Ko-takaful. Tujuan utama Ko-takaful dikenakan adalah untuk mengelakkan pesakit daripada tinggal lebih lama dihospital dan meminta rawatan yang kurang perlu dilakukan. Dengan berkongsi kos, pesakit lebih cenderung untuk tidak tinggal lebih lama di hospital.
Secara am nya, anda boleh mendapatkan semua rawatan perubatan di klinik dan hospital kerajaan dengan bayaran minima. Persoalan yang perlu anda tanya diri anda sendiri adalah jika anda sanggup menunggu untuk mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan? Jika anda sanggup, Medical Card mungkin tidak penting untuk anda. Jika anda tidak sanggup untuk menunggu, maka anda seharusnya memiliki Medical Card agar anda boleh mendapat rawatan di hospital swasta.
Persoalan seterusnya, wujudkah Medical Card yang murah atau mampu milik? Dengan dari hanya RM51 sebulan, bolehkah Medical Card dimiliki? Bolehkah sekeluarga anda memiliki Medical Card hanya dengan RM230 sebulan? Nantikan perkongsiannya. Medical Card Murah @ Mampu Milik.

No comments:

Post a comment