Sejak tahun 2016, AIA telah melancarkan AIA Vitality sebagai usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat. Ia adalah syarikat insurans/takaful yang pertama di Malaysia yang melancarkan program seumpamanya. Secara ringkas, AIA Vitality adalah sebuah program kesihatan. Tujuan utamanya adalah untuk mengubah cara hidup dan pada masa yang sama, perserta dapat menikmati ganjaran-ganjaran yang disediakan.
Program ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu; Kenali Tahap Kesihatan Anda, Tingkatkan Kesihatan Anda dan Nikmati Ganjaran. Semua ini dilakukan dengan menggunakan aplikasi telefon dan tracker seperti Fitbit atau Garmin. Apa yang dituntut adalah perubahan cara hidup dan bukannya untuk peserta menjadi seperti atlet profesional.